Dasar kewangan dan saluran pinjaman bank di Thailand: suatu kajian data panel

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kerelevanan mekanisme transmisi dasar kewangan melalui saluran pinjaman bank di Thailand dengan menggunakan data pada peringkat bank. Fungsi penawaran pinjaman bank telah dianggar dengan menggunakan kaedah data panel statik (model kesan tetap dan kesan rawak). S...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefly Abdul Karim,, Nur Hashimah Aziz,, Fathin Faizah Said,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8121/1/7267-18719-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8121/
http://ejournals.ukm.my/jem/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kerelevanan mekanisme transmisi dasar kewangan melalui saluran pinjaman bank di Thailand dengan menggunakan data pada peringkat bank. Fungsi penawaran pinjaman bank telah dianggar dengan menggunakan kaedah data panel statik (model kesan tetap dan kesan rawak). Selain pemboleh ubah dasar kewangan (kadar bunga semalaman), beberapa pemboleh ubah khusus bank (saiz, modal dan kecairan) dan pemboleh ubah makroekonomi (output benar dan tingkat harga) juga diambil kira dalam penganggaran fungsi penawaran pinjaman bank. Tempoh masa kajian bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2010 yang terdiri daripada 25 buah bank perdagangan. Hasil kajian mendapati saluran pinjaman bank beroperasi di Thailand, yang mana perubahan dalam pemboleh ubah dasar kewangan (kadar bunga semalaman) signifikan dan berhubungan negatif dengan penawaran pinjaman bank. Selain itu, pemboleh ubah makro ekonomi iaitu KDNK dan pemboleh ubah bank khusus seperti kecairan dan saiz bank juga signifikan dalam mempengaruhi penawaran pinjaman bank.