Bentuk komunikasi penyertaan ulama selaku pemimpin pendapat dalam menyokong pembangunan nasional di Provinsi Sulawesi Selatan

Kertas kerja ini membincangkan bentuk komunikasi penyertaan ulama ke atas program pembangunan nasional di Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini dijalankan untuk memperolehi gambaran sebenar kedudukan para ulama dalam pembangunan nasional. Matlamat pembangunan nasional iaitu untuk meningka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siagian, Haidir Fitra, Mohd. Yusof Hj. Abdullah,, Normah Mustaffa,, Fauziah Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8023/1/V30_s_5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8023/
http://www.ukm.my/jkom/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan bentuk komunikasi penyertaan ulama ke atas program pembangunan nasional di Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Kajian ini dijalankan untuk memperolehi gambaran sebenar kedudukan para ulama dalam pembangunan nasional. Matlamat pembangunan nasional iaitu untuk meningkatkan taraf kesejahteraan masyarakat, sama ada dari aspek jasmani mahupun dari aspek rohani. Untuk mencapai matlamat tersebut, penyertaan semua pihak termasuklah para ulama adalah sangat perlu. Ulama iaitu pemimpin agama Islam yang memiliki pengetahuan yang sangat luas mengenai faham keagamaan. Justeru itu, ulama dapat memberikan pengaruh kepada masyarakat, kerana merupakan individu yang dipercaya, memiliki kharisma, didengarkan nasihat juga dicontoh perilakunya. Sebagai pemimpin tidak formal, ulama semestinya bertanggung jawab terhadap semua aspek pembangunan. Penyertaan ulama dalam pembangunan adalah sangat mustahak, sama ada sebagai penerima langsung faedah pembangunan mahupun sebagai penyumbang aktif kepada proses pembangunan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bentuk komunikasi penyertaan paling ramai dijalankan para ulama adalah melalui dialog, iaitu berkongsi idea-idea mengenai pembangunan bersama dengan pihak kerajaan, secara formal mahupun tidak formal. Dialog formal yang diikuti para ulama dalam menyokong pembangunan bersama pihak kerajaan iaitu seminar, persidangan dan mesyuarat. Manakala dalam dialog tidak formal, bentuk komunikasi penyertaannya iaitu dalam majlis tidak rasmi, mahupun aktiviti tidak formal. Dalam realitinya, bentuk komunikasi penyertaan para ulama yang telah dijalankan bagi kedua-dua dialog tersebut, belum berlaku secara sempurna, lagipun kesannya adalah rendah.