Kehendak manusia: justifikasi dan pengkategorian berdasarkan tanggungjawab

Tulisan ini memfokuskan kaitan ‘kehendak’ dengan tanggungjawab. Isu ini sangat berkaitan rapat dengan kebebasan kehendak dan alternatif pilihan manusia yang hangat dibincangkan oleh ahli akademik Barat. Perbincangan ini turut berlaku antara Muktazilah dan al-Asha’irah. Tujuan tulisan ini adalah mema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Atiullah Othman,, Indriaty Ismail,, Ibrahim Abu Bakar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/8016/1/7007-17876-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/8016/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan ini memfokuskan kaitan ‘kehendak’ dengan tanggungjawab. Isu ini sangat berkaitan rapat dengan kebebasan kehendak dan alternatif pilihan manusia yang hangat dibincangkan oleh ahli akademik Barat. Perbincangan ini turut berlaku antara Muktazilah dan al-Asha’irah. Tujuan tulisan ini adalah memahami konsep ‘kehendak’ dari setiap mazhab dan mengenalpasti sejauhmana kaitan kehendak dengan tanggungjawab manusia. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang merujuk bahan-bahan bacaan terdahulu dan terkini. Kaedah yang digunakan adalah kaedah induktif bagi memahami konsep kehendak serta kaedah deduktif dengan menyifatkan makna kehendak kepada bertanggungjawab atau tidak bertanggungjawab. Hasil kajian ialah dapat mengenengahkan beberapa konsep yang berkaitan dengan kehendak. Sesetengah konsep kehendak perlu ditanggungjawabkan iaitu peringkat pilihan yang tetap, peringkat keinginan yang sudah mempunyai kehendak yang tetap, mempunyai niat, kehendak yang teguh, kehendak berserta akal dan keazaman. Begitu juga, sesetengah konsep kehendak yang tidak perlu dipertanggungjawabkan seperti hanya mempunyai kemungkinan membuat pilihan, permulaan keinginan, tiada niat, kecenderungan dan inspirasi.