Kepemimpinan kemahiran insaniah dan pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepemimpinan kemahiran insaniah dengan pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 186 orang guru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tang, Keow Ngang, Zainab Ali,
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7990/1/9_Kepimpinan_Kemahiran.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7990/
http://www.ukm.my/jurfpend/index.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepemimpinan kemahiran insaniah dengan pengurusan kurikulum pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 186 orang guru daripada lima buah sekolah menengah yang berprestasi tinggi yang terletak di Pulau Pinang dan Kedah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data yang digunakan ialah min, sisihan piawai, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi bagi kedua-dua pemboleh ubah utama, iaitu kepemimpinan kemahiran insaniah (min = 4.260) dan pengurusan kurikulum (min = 4.435). Setiap komponen kepemimpinan kemahiran insaniah juga berada pada tahap yang tinggi, iaitu julat min antara 4.017 hingga 4.392. Pekali korelasi Pearson menunjukkan bahawa kelapan-lapan komponen kepemimpinan kemahiran insaniah mempunyai hubungan yang signifikan, sederhana dan positif dengan pengurusan kurikulum (0.490 ≤ r ≤ 0.700) pada aras signifikan 0.01. Hasil kajian ini dapat membantu pihak pentadbir pendidikan terutama pengetua sekolah agar dapat mengaplikasikan kepemimpinan kemahiran insaniah di sekolah bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dengan berfokuskan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).