Tahap penglibatan masyarakat rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak

Kajian ini dijalankan bagi meneliti penglibatan penduduk rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Penglibatan penduduk rumah panjang dalam skim tersebut diteliti berdasarkan penglibatan dalam membuat keputusa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kwok, Chin Hoe, Haris Abd Wahab,
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7906/2/073-084.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7906/
http://www.ukm.my/e-bangi/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi meneliti penglibatan penduduk rumah panjang dalam program pembasmian kemiskinan (Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat) yang dilaksanakan di Daerah Song, Sarawak. Penglibatan penduduk rumah panjang dalam skim tersebut diteliti berdasarkan penglibatan dalam membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program berkenaan. Seramai 260 orang ketua isi rumah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Maklumat kajian dikumpul melalui temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan program SPSS. Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan penduduk rumah panjang dalam program SPKR berada pada tahap sederhana sahaja bagi keempat bentuk penglibatan yang dikaji. Oleh itu, usaha-usaha perlu ditingkatkan untuk menggalakkan komuniti rumah panjang melibatkan diri dalam aktiviti membuat keputusan, pelaksanaan, berkongsi manfaat dan penilaian program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di tempat mereka.