Potensi instrumen moral dalam melestarikan sumber air di Malaysia - kajian kes Sungai Melaka
Teknologi rawatan air, polisi air, dan akta air telah diajukan bagi melestarikan sumber air, namun di Malaysia sungai Melaka masih tercemar. Kajian ini dijalankan untuk menilai penilaian moral terhadap sumber air lestari di sungai Melaka. Kaedah yang digunakan melibatkan pengumpulan data kuantitat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7859/1/5x.geografia-okt14-angkeanhua-edam2.pdf http://journalarticle.ukm.my/7859/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Teknologi rawatan air, polisi air, dan akta air telah diajukan bagi melestarikan sumber air, namun di Malaysia sungai
Melaka masih tercemar. Kajian ini dijalankan untuk menilai penilaian moral terhadap sumber air lestari di sungai
Melaka. Kaedah yang digunakan melibatkan pengumpulan data kuantitatif melalui soal selidik. Sebanyak 400
sampel soal selidik diedarkan kepada responden yang tinggal berhampiran dengan sungai Melaka memandangkan
pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai sumber air semula jadi, khususnya sungai Melaka. Perspektif
responden terhadap empat pembolehubah (peranan individu dalam mewujudkan sikap prihatin dan menghormati
alam sekitar, peranan ibu bapa dalam memupuk sifat kasih sayang terhadap alam sekitar, peranan masyarakat dalam
mengembeling nilai murni agama dan moral terhadap alam sekitar) disukat dengan menggunakan lima skala Likert
(sangat tidak setuju, tidak setuju, biasa, setuju, sangat setuju). Hasil analisis statistik menunjukkan bahawa bahawa
sebahagian besar responden menyatakan setuju dan sangat setuju dengan pembolehubah peri pentingnya peranan
individu dalam mewujudkan sikap prihatin dan menghormati alam sekitar (88.5%), peranan ibu bapa dalam
memupuk sikap menyayangi alam sekitar (84.8%), peranan masyarakat dalam mengembeling sikap melindungi
alam sekitar (82.8%), dan peranan pendidikan nilai murni agama dan moral terhadap alam sekitar (60.3%). Dapatan
ini menunjukkan potensi instrumen moral dalam melestarikan pengurusan sumber alam khususnya sumber air di
Sungai Melaka. |
---|