Advokasi dan penerimaan pengundi terhadap Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam PRU-13

Artikel ini membincangkan inisiatif kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) terhadap birokrasi dan perkhidmatan awam supaya hasilnya benar-benar dirasai oleh rakyat. Tumpuan perbincangan diberikan kepada bagaimana advokasi dilakukan dan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap prog...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Maizatul Haizan Mahbob,, Wan Idros Wan Sulaiman,
格式: Article
语言:English
出版: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
在线阅读:http://journalarticle.ukm.my/7832/1/1a.paper-maizatul.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7832/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Artikel ini membincangkan inisiatif kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) terhadap birokrasi dan perkhidmatan awam supaya hasilnya benar-benar dirasai oleh rakyat. Tumpuan perbincangan diberikan kepada bagaimana advokasi dilakukan dan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap program GTP tersebut bagi bidang yang diberi tumpuan. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, survei dan perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati advokasi dilakukan dengan kerap melalui media elektronik, khususnya segmen berita dan iklan, juga melalui media cetak atas talian. Melalui advokasi ini rata-rata responden sedar dan faham tentang GTP. Bagaimanapun penerimaan responden terhadap program GTP adalah pada tahap sederhana sahaja. Mereka memberi reaksi yang pelbagai tentang impak GTP: tiada impak bagi program pembanterasan jenayah dan rasuah; impak minimum bagi usaha mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan meningkatkan tahap penyediaan infrastruktur asas luar bandar; dan impak ketara hanya dikesan terhadap usaha meningkatkan pencapaian pelajar dan pengangkutan awam bandar. Kajian ini menunjukkan bahawa kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kefahaman rakyat tentang GTP dan dasar awam berkaitan supaya mereka lebih mudah menerima dan terlibat dengan program tersebut.