Idea pembaharuan agama Birgivi dalam Al-Tariqah Al-Muhammadiyyah
Sosioekonomi Dawlah Uthmaniyyah pada abad ke-16 menyaksikan berlakunya ketidakstabilan dalam sistem kehidupan masyarakat. Birgivi Mehmet Efendi (1573M) merupakan pemikir Uthmaniyyah yang memberi respon kepada perkembangan tersebut melalui idea pembaharuan agama dalam adikaryanya berjudul al-Tariqah...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/7725/1/78-302-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/7725/ http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sosioekonomi Dawlah Uthmaniyyah pada abad ke-16 menyaksikan berlakunya ketidakstabilan dalam sistem kehidupan masyarakat. Birgivi Mehmet Efendi (1573M) merupakan pemikir Uthmaniyyah yang memberi respon kepada perkembangan tersebut melalui idea pembaharuan agama dalam adikaryanya berjudul al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah. Artikel ini bertujuan memerihalkan biografi Birgivi dan menggariskan prinsip asas pembaharuan agama dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Artikel ini menggunakan metode analisis teks dan dokumen untuk memaparkan konteks biografi dan millieu Birgivi serta bagaimana beliau mengartikulasikan pembaharuan agama dalam teks al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Dapatan menunjukkan Birgivi menggagaskan tiga prinsip asas pembaharuan agama dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah iaitu komitmen kepada al-Quran dan al-Sunnah menjauhi bid’ah dan khurafat, serta menjadikan ilmu sebagai kekuatan utama, sebagai jawapan kepada krisis dan kemerosotan sosioekonomi Dawlah Uthmaniyyah. Perspektif pemikiran Birgivi yang berkembang selepas kematiannya menjustifikasikan bahawa idea pembaharuan beliau perlu dipetakan dalam kalangan para pemikir islah dan tajdid di dunia Islam. |
---|