Penggunaan ujian kloz dalam mengukur kebolehbacaan teks arab untuk pembaca bukan arab di Malaysia: satu kajian rintis

Pelbagai teknik dan kaedah telah diperkenalkan oleh para pengkaji bidang kebolehbacaan dalam mengukur tahap kesukaran sesebuah teks bacaan. Teknik dan kaedah ini telah melibatkan berbagai-bagai bahasa di dunia khususnya bahasa Inggeris. Namun dalam konteks mengukur teks berbahasa Arab, kajian seumpa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamarulzaman Abdul Ghani,, Hassan Bassri Awang Mat Dahan,, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/767/1/7_1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/767/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai teknik dan kaedah telah diperkenalkan oleh para pengkaji bidang kebolehbacaan dalam mengukur tahap kesukaran sesebuah teks bacaan. Teknik dan kaedah ini telah melibatkan berbagai-bagai bahasa di dunia khususnya bahasa Inggeris. Namun dalam konteks mengukur teks berbahasa Arab, kajian seumpama ini amat kurang dilakukan. Alat ukur yang sering digunakan dalam mengukur teks bacaan bahasa Arab adalah ujian kloz khususnya dalam kalangan pembaca Arab. Di Malaysia, belum dilakukan kajian yang cuba mengukur bahan-bahan bacaan bahasa Arab sebagai bahasa asing dalam kalangan pembaca bukan Arab. Oleh itu, kajian ini cuba meninjau kesesuaian format dan bentuk ujian ini untuk mengukur tahap kesukaran atau kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab dalam kalangan murid bukan Arab di Malaysia melalui satu kajian rintis. Hasil kajian ini mendapati ujian ini memperoleh tahap kebolehpercayaan yang tinggi bagi kedua-dua format yang digunakan (0.83 dan 0.78). Pengkaji juga dapat mengenal pasti format ujian kloz yang lebih sesuai iaitu dengan menggunakan format jawapan aneka pilihan.