Pendekatan Islam dalam menangani masalah disiplin tegar dalam kalangan pelajar sekolah: satu kajian kes
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta memerlukan suasana yang kondusif supaya keberkesanan kedua-dua...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2009
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/766/1/6_0.pdf http://journalarticle.ukm.my/766/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan sesuatu yang lumrah dalam dunia pendidikan. Walaupun begitu, masalah disiplin tidak boleh dipandang ringan kerana sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku serta memerlukan suasana yang kondusif supaya keberkesanan kedua-dua proses tersebut berjaya dimanfaatkan oleh pelajar. Namun, terdapat pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulang kali tanpa rasa takut dengan hukuman yang bakal diterima. Kumpulan pelajar ini dikategorikan sebagai pelajar bermasalah disiplin tegar. Tingkah laku mereka tentunya akan memberi kesan kepada pelajar lain di dalam bilik darjah, sedangkan sekolah merupakan tempat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Menyedari kewujudan pelajar bermasalah disiplin tegar ini, satu penyelidikan telah dilakukan di sebuah sekolah menengah di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Sekolah tersebut telah memilih 10 pelajar bermasalah disiplin tegar yang terdiri daripada pelajar lelaki tingkatan 4. Semua pelajar ini adalah beragama Islam. Satu program pemulihan yang menggunakan pendekatan Islam telah digunakan bagi tujuan pemulihan tingkah laku pelajar tersebut. Pendekatan Islam didapati telah berjaya memulihkan pelajar bermasalah disiplin tegar tersebut. |
---|