Amalan pengajaran Tilawah al-Quran: satu tinjauan terhadap persepsi guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia

Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk memaparkan kajian berkaitan persepsi guru pendidikan Islam tentang amalan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah menengah harian. Seramai 257 responden guru pendidikan Islam yang mengajar tingkatan dua yang terlibat dalam kajian ini dipilh secara rawak b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Aderi Che Noh,
Format: Article
Language:English
Published: 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/765/1/5_0.pdf
http://journalarticle.ukm.my/765/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk memaparkan kajian berkaitan persepsi guru pendidikan Islam tentang amalan pengajaran Tilawah al-Quran di sekolah menengah harian. Seramai 257 responden guru pendidikan Islam yang mengajar tingkatan dua yang terlibat dalam kajian ini dipilh secara rawak berstrata dan berkelompok dari seluruh Malaysia. Responden dikehendaki memberi respon terhadap 69 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan empat komponen, iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup pengajaran dan alat bantu mengajar. Skala Likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif, iaitu kekerapan, peratusan dan min digunakan dalam melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berada pada tahap sederhana (min = 0.338). Tahap min amalan pengajaran berdasarkan komponen mendapati komponen permulaan pengajaran (min = 3.461), penutup pengajaran (min = 3.271) dan alat bantu mengajar (min = 2.709) berada pada tahap sederhana. Manakala komponen perkembangan pengajaran pada tahap tinggi (min = 3.670). Kesimpulannya guru Pendidikan Islam sepatutnya sentiasa berusaha untuk menambahbaik pengajaran Tilawah al-Quran dengan cara lebih berkualiti agar para pelajar lebih mahir dalam Tilawah al-Quran.