Amalan ibadat harian dan sumbangannya kepada kecerdasan emosi remaja

Kajian ini dijalankan terhadap 674 orang pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia. Kajian ini bersifat kajian tinjauan untuk melihat tahap amalan ibadat harian (solat, puasa, membaca al-Quran dan zikir doa) berdasarkan persepsi. Pada masa yang sama, pengkaji ingin m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sabri Mamat,, Syed Najmuddin Syed Hassan,, Ab. Halim Tamuri,
Format: Article
Language:English
Published: 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/763/1/3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/763/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan terhadap 674 orang pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh Malaysia. Kajian ini bersifat kajian tinjauan untuk melihat tahap amalan ibadat harian (solat, puasa, membaca al-Quran dan zikir doa) berdasarkan persepsi. Pada masa yang sama, pengkaji ingin melihat sejauh mana sumbangan amalan ibadat harian menyumbang kepada tahap kecerdasan emosi (kesedaran kendiri, regulasi kendiri dan motivasi kendiri). Dua set instrumen, iaitu Inventori Ibadat Harian (IIH-MRSM) dan Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM-MEQI) digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa amalan ibadat harian menyumbang kepada ketiga-tiga domain kecerdasan emosi seseorang. Amalan zikir doa dan membaca al-Quran didapati menyumbang kepada peningkatan kesedaran kendiri dalam kalangan pelajar. Ibadat-ibadat zikir doa, membaca al-Quran dan solat pula menyumbang kepada peningkatan regulasi kendiri. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa mendapati keempat-empat konstruk amalan ibadat harian menyumbang kepada peningkatan motivasi kendiri. Kajian ini memberi penunjuk kepada pendekatan pendidikan yang boleh diamalkan di sekolah, terutama sekolah berasrama dalam membentuk keperibadian pelajar.