Mengantarabangsakan ruang pendidikan tinggi Malaysia: Pengalaman sosio-budaya pelajar-pelajar antarabangsa di Universiti Utara Malaysia

Sistem Pendidikan Tinggi Malaysia kini lebih terbuka dan berhasrat menjadikan hub pendidikan tinggi serantau. Pengantarabangsaan merupakan satu pendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia. UUM...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ratnawati Yuni Suryandari,, Mohd Nor Jaafar,, Nurul Hamiza Hamzah,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7465/1/5ok.geografia-julai2014-ratna_etal-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7465/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sistem Pendidikan Tinggi Malaysia kini lebih terbuka dan berhasrat menjadikan hub pendidikan tinggi serantau. Pengantarabangsaan merupakan satu pendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia. UUM menyahut cabaran pengantarabangsaan dengan menawarkan peluang pengajian kepada pelajar antarabangsa. Tujuan kajian ialah untuk melihat masalah sosio-budaya yang dihadapi dan ditimbulkan oleh para pelajar antarabangsa di Dewan Penginapan Pelajar Maybank UUM. Responden adalah seramai 182 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai mewakili 43% daripada populasi. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik untuk menjawab soalan-soalan kajian. Daripada kajian ini didapati bahawa; (1) sebahagian besar pelajar antarabangsa tidak menghadapi sebarang masalah sosio-budaya, terutamanya pelajar dari Indonesia, (2) skala jarak budaya antara negara asal pelajar dengan negara Malaysia pada tahap ‘lebih kurang sama’, (3) masalah sosio-budaya yang kadang-kadang ditimbulkan oleh pelajar antarabangsa adalah masalah bahasa, etika, kebersihan dan kemudahan penginapan yang kondusif. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semakin banyak persamaan keadaan sosio-budaya antara negara asal pelajar dengan negara Malaysia, dan semakin pendek jarak antara negara asal dengan negara Malaysia, maka para pelajar antarabangsa tersebut kurang menghadapi dan menimbulkan masalah sosio-budaya.