Kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang: suatu pemerhatian awal

Keterlibatan penduduk luar bandar dalam program pembangunan adalah elemen penting yang menyumbang kepada keberhasilan program yang diimplementasikan oleh agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, kerelaan penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam program pembangunan yang diadakan kerap kali terjeja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kwok, Chin Hoe, Haris Abd Wahab,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7136/1/11a.geografia-apr2014-kwok_etal-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7136/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keterlibatan penduduk luar bandar dalam program pembangunan adalah elemen penting yang menyumbang kepada keberhasilan program yang diimplementasikan oleh agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, kerelaan penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam program pembangunan yang diadakan kerap kali terjejas akibat faktor persekitaran di tempat tinggal mereka sehingga menghambat mereka daripada mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pembangunan. Artikel ini menghujahkan bahawa persekitaran fizikal di sekitar kawasan petempatan penduduk luar bandar adalah elemen yang memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan yang telah direncanakan oleh agensi pelaksana. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk meneliti kesan persekitaran fizikal ke atas keterlibatan komuniti Iban dalam program pembangunan di rumah panjang. Pemerhatian awal menggunakan satu set borang soal selidik ini telah dijalankan di Daerah Song, Sarawak. Sampel kajian terdiri daripada 260 orang ketua isi rumah di rumah panjang yang dipilih menerusi tiga tahap prosedur persampelan rawak. Data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua komuniti Iban di rumah panjang yang terlibat dalam kajian ini sependapat yang keadaan persekitaran fizikal iaitu bentuk bumi dan lokaliti serta sungai di kawasan kajian telah memberi kesan ke atas keterlibatan mereka dalam program pembangunan yang diadakan di rumah panjang.