Wacana pemikiran techno cities tentang bandar pengetahuan

Artikel ini adalah suatu wacana tentang pemikiran techno cities bandar pengetahuan dalam era pasca bandar pintar. Era bandar pintar yang mementingkan maklumat bagi kemajuan komersial dalam konteks pembangunan bandar abad ke-21 telah berlalu. Kini pemikiran techno cities lebih menekankan ilmu penge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jalaluddin Abdul Malek,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7122/1/7.geografia-apr2014-Jalaluddin1-edkatam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7122/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini adalah suatu wacana tentang pemikiran techno cities bandar pengetahuan dalam era pasca bandar pintar. Era bandar pintar yang mementingkan maklumat bagi kemajuan komersial dalam konteks pembangunan bandar abad ke-21 telah berlalu. Kini pemikiran techno cities lebih menekankan ilmu pengetahuan bernilai yang berteraskan moral dan etika. Pemikiran techno cities merupakan pencetus kepada kelahiran masyarakat minda kelas pertama di bandar pengetahuan dalam konteks 1 Malaysia. Makalah ini bertujuan membincangkan teori dan pemikiran techno cities dalam konteks masyarakat berilmu pengetahuan di bandar ilmu dengan rujukan khusus kepada Bandar Baru Bangi. Pemikiran techno cities dibincang berdasarkan kepada perbahasan tentang tiga epistemologi utama, iaitu moden, pasca moden dan Islam di samping menyorot kepelbagaian yang wujud dari sudut ontologi tesis, anti tesis dan sintesis. Pemikiran techno cities masyarakat di bandar pengetahuan umumnya bersifat pelbagai dimensi. Kini, pemikiran tersebut telah memecah tembok pemikiran modenisasi, malah menjadi pengkritik idea modenisasi itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa komuniti di BBB mengetahui tentang konsep bandar ilmu. Namun pemikiran techno cities mereka rata-rata pada tahap sederhana sahaja. Dari segi amalan, komuniti bandar ilmu masih pada tahap permulaan dan wajar ditingkatkan.