Analisis terma dan prestasi tetingkap dwi kaca dengan modul fotovoltan semi-lutsinar

Analisis terma dan prestasi modul fotovoltan semi-lutsinar yang dipasang pada tetingkap dwi kaca (TDK) telah dikaji. Di dalam TDK terjadi pemindahan haba olakan yang disebabkan oleh perbezaan suhu. Perisian COMSOL digunakan untuk menyelesaikan model matematik dengan empat jenis gas yang berlainan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusof Hj Othman,, Saleem H. Zaidi,, Kamaruzzaman Sopian,, Marhama Jelita,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/7052/1/11_Mohd_Yusof.pdf
http://journalarticle.ukm.my/7052/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Analisis terma dan prestasi modul fotovoltan semi-lutsinar yang dipasang pada tetingkap dwi kaca (TDK) telah dikaji. Di dalam TDK terjadi pemindahan haba olakan yang disebabkan oleh perbezaan suhu. Perisian COMSOL digunakan untuk menyelesaikan model matematik dengan empat jenis gas yang berlainan disimulasikan untuk mengisi ruang dalam TDK iaitu udara, argon, kripton dan xenon. Ruang dalam TDK diubah antara 5 hingga 100 mm. Keadaan cuaca di Kuala Lumpur, Malaysia telah digunakan. Modul fotovoltan yang digunakan untuk kajian simulasi ialah jenis silikon amorfus (Si-a). Kajian ini mendapati penggunaan gas xenon dalam ruang TDK memberikan prestasi maksimum dalam mengurangkan beban penyejukan. Ketebalan optimum ruang TDK bergantung kepada jenis gas yang digunakan dan secara umumnya berada dalam julat 10 hingga 20 mm.