Orientasi keusahawanan dan prestasi perniagaan: pengaruh penyederhana gaya kepimpinan transformasi

Hasil kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang tidak konsisten antara strategi orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan.Sehubungan dengan itu, kajian empirikal ini cuba mencari jawapan tentang hubungan antara pembolehubah orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan serta peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shuhymee Ahmad,, Abdullah Abdul Ghani,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6963/1/3633-8096-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6963/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hasil kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang tidak konsisten antara strategi orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan.Sehubungan dengan itu, kajian empirikal ini cuba mencari jawapan tentang hubungan antara pembolehubah orientasi keusahawanan dengan prestasi perniagaan serta pengaruh pembolehubah penyederhana gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan PKS di Malaysia. Sebanyak 143 buah firma PKS di Malaysia telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih secara rawak mudah. Analisis kolerasi, regresi berganda dan regresi berhierarki telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu inovasi, proaktif dan pengambilan risiko mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi perniagaan. Hasil kajian juga turut mendapati pembolehubah penyederhana gaya kepimpinan transformasi mempengaruhi hubungan antara inovasi dan pengambilan risiko dengan prestasi perniagaan. Dapatan dari kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan, usahawan, pengkaji lain, dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang kepimpinan keusahawanan.