Penglibatan remaja terhadap horoskop dan kesannya terhadap akidah

Artikel ini menjelaskan tentang horoskop iaitu salah satu cabang kepercayaan berunsur ramalan dan tilikan nasib berteraskan bintang yang menjadi fenomena dalam kehidupan masyarakat kini. Kepercayaan yang telah wujud sejak zaman Nabi Allah Ibrahim AS ini terus berkembang dan kekal hingga dewasa ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aishah P Othman,, Latifah Abdul Majid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6884/1/4327-10066-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6884/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menjelaskan tentang horoskop iaitu salah satu cabang kepercayaan berunsur ramalan dan tilikan nasib berteraskan bintang yang menjadi fenomena dalam kehidupan masyarakat kini. Kepercayaan yang telah wujud sejak zaman Nabi Allah Ibrahim AS ini terus berkembang dan kekal hingga dewasa ini, bahkan kepercayaan sebegini mendapat tempat dan menjadi ikutan umat Islam yang dahagakan pulangan singkat dalam kehidupan. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti apakah faktor atau punca yang mendorong penglibatan pelajar dalam horoskop. Dalam masa yang sama kajian ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam agar lebih peka dan sensitif dengan hal yang kelihatannya biasa tetapi mampu menggugat dan meruntuhkan institusi iman. Hasil kajian menunjukkan media massa merupakan faktor utama yang mendorong penglibatan pelajar dalam horoskop dan mereka menganggap horoskop sebagai hiburan sahaja tanpa menyedari akibatnya yang akan merosakkan akidah.