Perbahasan Sejarah Islam di India dalam al-Kamil fi al-Tarikh Karya Ibn al-Athir

Kawasan India, atau dikenal isebagai Sub-Continent, merupakan antara kawasan yang menerima pengaruh Islam melalui dakwah dan futuhat pada peringkat awal Islam. Hal sedemikian menyebabkan Islam terus berkembang sehingga menyaksikan beberapa buah kerajaan Islam turut bertapak di kawasan tersebut. Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari,, Mohd. Roslan Mohd. Nor,, Ezad Azraai Jamsari,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6880/1/4249-9795-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6880/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan India, atau dikenal isebagai Sub-Continent, merupakan antara kawasan yang menerima pengaruh Islam melalui dakwah dan futuhat pada peringkat awal Islam. Hal sedemikian menyebabkan Islam terus berkembang sehingga menyaksikan beberapa buah kerajaan Islam turut bertapak di kawasan tersebut. Peristiwa sejarah demikian tercatat dalam kebanyakan karya sejarah Islam, termasuk karya al-Kamil fi al-Tarikhtulisan Ibn al-Athir. Matlamat kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan sejarah Islam di kawasan India, atau Sub-Continent, serta perbahasannya dalam karya sejarah Islam seperti yang disebutkan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan menfokuskan kepada karya sejarah al-Kamil fi al-Tarikh. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif dan metode sejarah menerusi analisis kandungan dan interpretasi sumber berdasarkan tafsiran sejarah. Dapatan kajian menunjukkan Ibn al-Athir telah membahaskan sejarah Islam di kawasan India dalam karya sejarahnya. Tumpuan penceritaan sejarah pula lebih tertumpu kepada perkembangan politik di kawasan tersebut seperti peristiwa futuha tatau peperangan, kemunculan sesebuah entity politik dan pemerintahan serta tokoh-tokoh politik yang dominan dalam mencorakkan perkembangan politik di India.