Ciri-ciri remaja berisiko: kajian literatur

Pelbagai jenis salah laku melibatkan golongan remaja di bangku sekolah seperti ponteng, merokok, mencuri, gengsterisme dan buli. Simptom negatif tersebut berkemungkinan menjadi sebab atau punca seseorang remaja berisiko terlibat dalam perkara negatif pada masa hadapan. Remaja berisiko sering dilabel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azyyati Mohd Nazim,, Fariza Md Sham,, Salasiah Hanin Hamjah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6874/1/4185-9637-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6874/
http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai jenis salah laku melibatkan golongan remaja di bangku sekolah seperti ponteng, merokok, mencuri, gengsterisme dan buli. Simptom negatif tersebut berkemungkinan menjadi sebab atau punca seseorang remaja berisiko terlibat dalam perkara negatif pada masa hadapan. Remaja berisiko sering dilabelkan dari pelbagai perspektif seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keciciran dalam arus pembelajaran, pengaruh rakan sebaya dan perlakuan negatif yang menyumbang kepada ancaman gejala sosial. Maka objektif penulisan ini dilakukan untuk menjelaskan konsep remaja berisiko dan mengenal pasti ciri-ciri remaja berisiko. Kaedah penulisan ini berbentuk kualitatif berdasarkan kajian-kajian dan penyelidikan yang terdahulu menerusi dokumen, jurnal dan buku-buku yang berkaitan dengan perbincangan mengenai remaja berisiko. Kaedah kepustakaan adalah asas utama dalam penulisan ini yang menganalisa secara induktif dan deduktif menggunakan dalil-dalil al-Quran dan hadis sehingga mencapai satu kesimpulan yang kukuh dalam mengenal pasti ciri-ciri remaja berisiko. Hasil penulisan mendapati bahawa ciri-ciri berisiko yang paling dominan dalam kalangan remaja berisiko ialah mereka yang terdiri daripada kumpulan yang mempunyai keluarga yang tidak berfungsi, mempunyai latar belakang status sosioekonomi yang rendah (SES) dan tidak mempunyai sokongan daripada individu dan persekitaran yang bertindak sebagai faktor pelindung seperti ibu atau bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat, sekolah dan agama yang merupakan asas utama dalam menentukan pola akal dan perlakuan remaja bagi menghindari kemudaratan.