Model analisis impak perubahan keperluan perisian

Persekitaran dan proses perniagaan yang dinamik menyebab perubahan keperluan dalam perisian tidak dapat dielak. Perubahan keperluan perisian perlu diurus dengan sebaiknya melalui analisis impak yang melibatkan pengenalpastian faktor penyumbang dan penilaian kesan perubahan keperluan terhadap perseki...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Marfizah Abdul Rahman,, Rozilawati Razali,, Dalbir Singh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6807/1/3986-11564-1-PB-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6807/
http://ejournal.ukm.my/apjitm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persekitaran dan proses perniagaan yang dinamik menyebab perubahan keperluan dalam perisian tidak dapat dielak. Perubahan keperluan perisian perlu diurus dengan sebaiknya melalui analisis impak yang melibatkan pengenalpastian faktor penyumbang dan penilaian kesan perubahan keperluan terhadap persekitaran semasa. Analisis impak ini perlu disempurna oleh pasukan yang khas iaitu Jawatankuasa Kawalan Perubahan (JKP). Pada dasarnya, analisis impak membantu JKP memperoleh gambaran potensi impak sesuatu perubahan terhadap organisasi sebelum melaksananya. Ini perlu kerana analisis impak yang tidak sempurna boleh menjejas projek sekali gus kemampanan organisasi. Kajian lampau mengenal pasti beberapa faktor teknikal dan bukan teknikal yang perlu diambil kira semasa analisis impak perubahan keperluan perisian. Namun faktor tersebut dikaji secara bersendiri dan berasingan menyebabkan analisis impak menyeluruh sukar dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menggabung faktor tersebut sebagai model analisis impak perubahan keperluan yang bersepadu. Kajian ini bersifat kualitatif dengan data dikumpul mengguna teknik temu bual secara kumpulan fokus. Data yang dikumpul dianalisis mengguna teknik analisis kandungan. Hasil analisis mendapati terdapat empat kategori faktor yang terlibat iaitu Manusia, Proses, Teknologi (sedia ada) dan Organisasi. Setiap kategori faktor mengandungi faktor dan elemen tertentu yang dihubungkan untuk menggambarperkaitannya. Model ini dapat diguna oleh JKP sebagai panduan menilai sesuatu permintaan bagi perubahan keperluan perisian.