Persepsi mahasiswa terhadap isu-isu perpaduan: kajian ke atas pelajar-pelajar rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)

Sejak akhir-akhir ini, negara berhadapan dengan pelbagai isu seperti kelembapan ekonomi, perpaduan kaum yang dikatakan semakin rapuh di samping isu mengenai perkembangan politik dalam negara. Isu-isu ini muncul selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada tahun 2008 yang lalu. Pelbagai tafsiran dib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Razli Ahmad,, Hanum Hassan,, Azuddin Bahari,
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Perkembangan Pelajar ,U.K.M 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6790/1/15.DOC
http://journalarticle.ukm.my/6790/
http://pkukmweb.ukm.my/jpppp/?page_id=12
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak akhir-akhir ini, negara berhadapan dengan pelbagai isu seperti kelembapan ekonomi, perpaduan kaum yang dikatakan semakin rapuh di samping isu mengenai perkembangan politik dalam negara. Isu-isu ini muncul selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) pada tahun 2008 yang lalu. Pelbagai tafsiran diberikan antaranya mengaitkan kesan pilihan raya sebagai punca kerapuhan hubungan antara kaum di Malaysia. Menariknya, keadaan ini juga dikaitkan dengan pola pemikiran generasi muda iaitu kesukaran untuk memahami pemikiran mereka sehingga menghasilkan keputusan pilihan raya 2008 yang luar biasa. Sehubungan itu, satu kajian dilaksanakan dalam kalangan mahasiswa khususnya mahasiswa dalam bidang kejuruteraan untuk melihat tahap kesedaran mereka terhadap isu-isu perpaduan. Seramai 506 orang responden yang terdiri daripada empat buah universiti berasaskan teknikal di Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Teknoligi Tun Hussin Onn (UTHM). Objektif utama kajian ini ialah (i) mengkaji tahap kesedaran terhadap isu-isu mengenai perpaduan kaum, politik, ekonomi dan konsep 1 Malaysia dalam kalangan mahasiswa bidang kejuruteraan berasaskan universiti yang berbeza, ii) mengkaji tahap kesedaran mahasiswa daripada universiti berbeza terhadap konsep 1 Malaysia, iii) mengkaji persepsi pelajar dan i jantina yang berbeza dengan kesedaran terhadap perpaduan kaum di Malaysia.