Kedudukan tawassul dalam Islam

Tawassul merupakan salah satu kaedah berdoa kepada Allah SWT. Sejak kebelakangan ini, persoalan tawassul muncul kembali dalam kalangan masyarakat Islam kerana ia telah dikontroversikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap pegangan mereka....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nozira Salleh,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6766/1/30-107-1-PB-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6766/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/jalhikmah/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tawassul merupakan salah satu kaedah berdoa kepada Allah SWT. Sejak kebelakangan ini, persoalan tawassul muncul kembali dalam kalangan masyarakat Islam kerana ia telah dikontroversikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan kefahaman umat Islam terhadap pegangan mereka. Lantaran itu, persoalan-persoalan tawassul sebagai salah satu elemen yang berkaitan dengan akidah, atau ia tergolong dalam isu kaedah berdoa, atau ia adalah sebahagian daripada bid„ah yang membawa kepada kesesatan, atau ia sebenarnya adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW telah berlegar dalam masyarakat Islam sehingga mengelirukan mereka antara tawassul yang sahih dan batil. Justeru itu, artikel ini adalah satu wadah yang baik buat umat Islam bagi meneliti kembali kedudukan tawassul dalam Islam agar kefahaman dan keyakinan mereka kepada konsep tawassul yang sebenar dapat dijernihkan dan diperkukuhkan dengan jitu sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Qur‟an dan Hadis, atau dengan kata lain, ia diharap dapat dijadikan panduan mudah untuk umat Islam membezakan antara tawassul yang sahih dan batil.