Penterjemahan kata kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: satu analisis ketepatan makna padanan

Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna padanan kata kerja. Sebanyak sepuluh (10) kata kerja baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Goh, Sang Seong
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,FSSK, UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/675/1/pp35_56.pdf
http://journalarticle.ukm.my/675/
http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna padanan kata kerja. Sebanyak sepuluh (10) kata kerja bahasa Cina dijadikan data kajian. Sepuluh (10) kata kerja tersebut yang merangkumi seratus dua puluh enam (126) padanan yang berlainan dalam bahasa Melayu telah dikumpulkan daripada enam (6) buah cerpen dalam antologi tersebut yang diterjemahkan oleh enam (6) orang penterjemah berlainan. Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang telah dipilih secara eklektik iaitu pendekatan penterjemahan tentang kepadanan kata Newmark (1981), teori semantik Kempson (1977), Chierchia & McConnell-Ginet (1990) tentang makna kata kerja, Analisis Komponen Makna oleh Nida (1975) tentang makna hakiki dan makna komposisi argumen serta makna konteks, klasifikasi kata kerja Li Kong Zhi mengikut makna semantik (1998) serta definisi makna oleh Lyons (1977). Kajian ini menunjukkan bahawa padanan kata kerja ‘satu lawan banyak’ sememangnya wujud dalam penterjemahan kata kerja bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menghasilkan pelbagai jenis padanan iaitu terjemahan tepat, terjemahan berlebihan, terjemahan berkurangan, terjemahan salah dan terjemahan taksa. Kelihatan makna semantik yang didukung oleh sesuatu kata kerja akan menentukan pemilihan kata padanan. Kecenderungan ini diikuti oleh kesesuaian kata padanan tersebut terhadap emik bahasa sasaran dan makna konteks.