Isoterma dan kinetik penjerapan boron oleh batu kapur sebagai penjerap berkos rendah

Kajian ini dijalankan untuk menentukan isoterma dan kinetik penjerapan bahan pencemar boron daripada air sisa sintetik menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap berkos rendah. Penjerapan boron berlaku secara optimum pada julat pH6-8, masa sentuhan pada 90 min dan dos batu kapur 240 g/L yang peny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halim, A.A., Mohd Firhad Ahmad,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6677/1/01_A.A_Halim.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6677/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan isoterma dan kinetik penjerapan bahan pencemar boron daripada air sisa sintetik menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap berkos rendah. Penjerapan boron berlaku secara optimum pada julat pH6-8, masa sentuhan pada 90 min dan dos batu kapur 240 g/L yang penyingkirannya mencapai 40%. Isoterma penjerapan lebih diwakili oleh model Freundlich (R2 = 0.91) berbanding model Langmuir (R2 = 0.78) yang menunjukkan penjerapan secara multilapisan adalah dominan. Kajian kinetik penjerapan menunjukkan penjerapan boron ke atas batu kapur mematuhi dengan baik model penjerapan pseudo-tertib pertama (R2 = 0.93), pseudo-tertib kedua (R2 = 0.987), Elovich (R2 = 0.931) dan Intrapartikel (R2 = 0.960). Mekanisme penjerapan secara kimia adalah dominan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi bagi model pseudo-tertib kedua.