Pembentukan modal insan orang Asli Darat dan Laut di Malaysia

Istilah modal insan sering kali merujuk kepada diri seseorang atau sekumpulan individu dan keupayaan mereka untuk melakukan kerja. Keupayaan melakukan kerja merujuk kepada tahap pemilikan pengetahuan, kemahiran atau bakat yang dimiliki oleh individu atau komuniti. Setiap komuniti mempunyai modal i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amir Zal, W.A.
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6648/1/1okt13full.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6648/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istilah modal insan sering kali merujuk kepada diri seseorang atau sekumpulan individu dan keupayaan mereka untuk melakukan kerja. Keupayaan melakukan kerja merujuk kepada tahap pemilikan pengetahuan, kemahiran atau bakat yang dimiliki oleh individu atau komuniti. Setiap komuniti mempunyai modal insan mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan Orang Asli, mereka mempunyai modal insan tradisional yang dibentuk berasaskan kepada kawasan yang mereka diami. Misalnya modal insan Orang Asli Darat berkaitan dengan persekitaran hutan,manakala modal sosial Orang Asli Laut pula berkaitan dengan persekitaran laut. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membandingkan modal insan Orang Asli Darat dan Laut. Juga menganalisis dorongan serta faktor yang mempengaruhi pembentukannya. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas empat suku kaum Orang Asli:suku Temiar di Kuntai dan Kuala Mu, Perak, dan Batek di Kuala Koh, Kelantan bagi Orang Darat; dan suku Kuala di sekitar Senggarang dan Seletar di Bakar Batu, Johor bagi Orang Laut. Data kajian ini yang diperolehi melalui pemerhatian tidak ikut serta, dianalisis dengan menggunakan perisian komputer QSR Nvivo. Hasil kajian mendapati Orang Darat dan Laut mempunyai elemen modal insan yang berbeza antara satu sama lain, berasaskan persekitaran mereka. Setiap Orang Asli tersebut mempunyai modal insan yang unik sesuai dengan habitat mereka sama ada hutan atau laut. Pembentukan modal insan Orang Asli didorong oleh faktor kebergantungan kepada persekitaran, kearifan alam, pengetahuan yang diwarisi, bauran pengetahuan dan keinginan untuk mengekalkan identiti yang ada. Memandangkan pembentukan modal insan sesebuah komuniti mengambil masa yang panjang, perubahan yang mendadak akibat pembangunan boleh menjejaskan modal insan tersebut dan mengancam kelestariannya. Oleh itu, aktiviti pembangunan perlu mengambil kira realiti ini.