Impak pelancongan terhadap kualiti hidup bandar: perspektif penduduk Putrajaya

Pelancongan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kualiti hidup atau kesejahteraan penduduk di sesebuah bandar. Kajian menunjukkan bahawa pelancongan boleh diterima secara positif oleh penduduk apabila mereka mendapat faedah daripada aktiviti pelancongan yang dijalankan. Artikel ini bertu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, J., Habibah, A., Nur Atiqah, K.Z., Nur Amirah, K.Z., Mushrifah, I., Er, A.C., Buang, A., Ahmad Nazrin, A.A., Sri Winarni, S.
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6639/1/4426-10296-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6639/
http://ejournal.ukm.my/akademika
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelancongan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kualiti hidup atau kesejahteraan penduduk di sesebuah bandar. Kajian menunjukkan bahawa pelancongan boleh diterima secara positif oleh penduduk apabila mereka mendapat faedah daripada aktiviti pelancongan yang dijalankan. Artikel ini bertujuan menilai persepsi penduduk di Putrajaya terhadap pembangunan pelancongan sama ada mereka telah mendapat manfaat atau sebaliknya, dan seterusnya mempengaruhi tahap kualiti hidup mereka. Satu kajian dijalankan ke atas 200 responden penduduk yang menetap di Putrajaya. Lima petunjuk kualiti hidup telah digunakan dalam mengenal pasti tahap kesejahteraan penduduk - kebendaan/ekonomi, emosi, sosial dan budaya, komuniti dan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. Kajian ini mendapati bahawa kesejahteraan emosi memperoleh purata min tertinggi iaitu 3.62 dan antara faktor tersebut ialah penerimaan kedatangan pelancong tanpa menjejaskan keselesaan dan kebahagiaan penduduk tempatan. Sementara itu, kesejahteraan kebendaan/ekonomi memperoleh purata min sebanyak 2.67, bermakna pelancongan hanya memberikan impak minimum daripada segi kesejahteraan penduduk. Ini kerana, majoriti penduduk merasakan bahawa mereka tidak terlibat secara aktif dalam perniagaan dan aktiviti pelancongan keusahawanan. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan pelancongan sememangnya mempengaruhi kualiti hidup penduduk yang tinggal di Putrajaya. Dengan usaha yang lebih bersepadu dan inklusif, Putrajaya akan menjadi salah satu contoh untuk mempromosi penyertaan penduduk bandar dalam aktiviti pelancongan.