Keberkesanan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan kefahaman menggunakan teks ekspositori

Kajian ini mengkaji kesan penggunaan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan pemahaman Bahasa Melayu menggunakan teks ekspositori. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai prestasi pencapaian pelajar dalam pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi serta menilai kesan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahya Othman,, Dayang Raini Pakar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6598/1/4225-9731-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6598/
http://ejournal.ukm.my/gema
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji kesan penggunaan strategi metakognisi dalam pengajaran bacaan dan pemahaman Bahasa Melayu menggunakan teks ekspositori. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai prestasi pencapaian pelajar dalam pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi serta menilai kesan penggunaan strategi tersebut dalam pengajaran membaca dan memahami teks. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti strategi-strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar dalam ketiga-tiga proses membaca (sebelum membaca, semasa membaca dan selepas membaca). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian melibatkan 60 orang pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah rendah kerajaan di Daerah Brunei Muara. Sampel dibahagikan kepada dua buah kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Setiap kumpulan melibatkan seramai 30 orang pelajar bertahap sederhana. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara kumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pra dan pasca. Manakala analisis One Way Ancova digunakan untuk menentukan kesan penggunaan strategi metakognisi terhadap pengajaran bacaan pemahaman. Berdasarkan analisis ujian-t, terdapat perbezaan min prestasi pemahaman bacaan yang signifikan antara skor kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, t (60) = 12.96, p < 0.0. Analisis data One Way Ancova, p= 0.00 < 0.05 (F-ratio = 493.22/2.25 = 219.41 p < 0.05) juga membuktikan kesan penggunaan strategi metakognisi yang signifikan terhadap pengajaran pemahaman menggunakan strategi metakognisi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar ketika menjalani proses membaca adalah pelbagai. Secara keseluruhannya, strategi metakognisi yang digunakan oleh pelajar dalam kajian ini terbukti dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap teks bacaan.