Ubah suaian perluasan-TOPSIS untuk keputusan multi-kriterium linguistik kabur
Dapat diperhatikan bahawa kata putus dalam masalah multi-kriterium yang dibuat secara linguistik kabur adalah lebih mudah serta ‘mesra pengguna’ berbanding dengan menggunakan nilai skala yang kuantitatif. Dalam kajian ini diusulkan pendekatan pemboleh ubah linguistik kabur untuk dimanfaat dalam kaed...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2013
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6483/1/jqma-9-1-paper3.pdf http://journalarticle.ukm.my/6483/ http://www.ukm.my/jqma/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dapat diperhatikan bahawa kata putus dalam masalah multi-kriterium yang dibuat secara linguistik kabur adalah lebih mudah serta ‘mesra pengguna’ berbanding dengan menggunakan nilai skala yang kuantitatif. Dalam kajian ini diusulkan pendekatan pemboleh ubah linguistik kabur untuk dimanfaat dalam kaedah ubah suaian perluasan-TOPSIS (Technique for Order Preference by Similarity to Ideal Solution) secara mengurangkan daripada sebelas kepada tiga potongan-α. Analisis dimulai dengan mengkuantitikan pemboleh ubah linguistik kabur melalui nombor kabur segi tiga untuk diterapkan dalam gabungan kaedah perluasan-TOPSIS dan pengaturcaraan tak linear. Selanjutnya, pengiraan dibuat untuk mendapatkan tiga nilai potongan-α, iaitu α = 0, α = 0.5 dan α = 1.0, sebelum proses penyahkaburan dan
pemangkatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti alternatif yang terbaik. Di akhir kajian diberi contoh penggunaan pemboleh ubah linguistik kabur dan ubah suaian yang diusulkan berserta pengiraan yang berkaitan dalam masalah multi-kriterium pemilihan. Dapatan pengiraan menunjukkan, ia memberi manfaat dari aspek penjimatan masa pengiraan dan
dapat mengurangkan kerumitan proses pemutusan tanpa menjejaskan ketepatan dapatan kajian. |
---|