Perubahan persekitaran fizikal dan keselamatan manusia
Perubahan persekitaran fizikal dapat dikesan melalui banyak aspek dan sekiranya konsep keselamatan diambil kira ianya dapat dinyatakan melalui persekitaranan fizikal itu sendiri, manusia, tenaga,makanan dan air. Sejak pembentukan bumi lebih 4600 juta tahun yang lalu banyak perubahan terhadap perseki...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Environmental Management Society, Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6430/1/1_MJEM_2011%282%29_Jamaluddin.pdf http://journalarticle.ukm.my/6430/ http://www.emsmalaysia.org |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan persekitaran fizikal dapat dikesan melalui banyak aspek dan sekiranya konsep keselamatan diambil kira ianya dapat dinyatakan melalui persekitaranan fizikal itu sendiri, manusia, tenaga,makanan dan air. Sejak pembentukan bumi lebih 4600 juta tahun yang lalu banyak perubahan terhadap persekitaran fizikal yang telah berlaku terutamanya berkaitan perubahan suhu global yang diikuti oleh sama ada pembentukan litupan ais yang tebal atau pencairan ais yang menyebabkan penurunan atau kenaikan aras laut. Sebelum kewujudan manusia apa sahaja bentuk perubahan persekitaran fizikal hanya diikuti oleh tindakbalas komponen-komponen persekitaran fizikal itu sendiri. Namun sejak kewujudan manusia di muka bumi kira-kira 2.5 juta tahun yang lampau, banyak perubahan terhadap
persekitaran fizikal yang telah dilakukan oleh manusia dalam rangka memenuhi keperluan mereka.Perubahan-perubahan tersebut menjadi bertambah ketara apabila jumlah populasi manusia bertambah dengan banyaknya. Kira-kira 200 tahun yang lalu populasi manusia dikatakan berada pada hanya satu
bilion orang, tetapi kini jumlahnya telah melampaui enam bilion. Perubahan terhadap persekitaran fizikal dapat dikesan melalui isu-isu penyahhutanan, perubahan pada unsur-unsur cuaca dan iklim,kemerosotan kualiti udara, air, marin, tanah dan pelbagai lagi. Makalah ini menyentuh tentang aspek keselamatan manusia akibat perubahan persekitaran fizikal yang sebenarnya mempunyai hubungkaitan
dengan konsep keselamatan persekitaran itu sendiri, tenaga, makanan, air dan udara. |
---|