Jurang digital dan pendidikan di luar bandar: tahap literasi teknologi maklumat dan komunikasi pelajar

Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hazura Mohamed,, Hairulliza Mohamad Judi,, Siti Fadzilah M. Noor,, Zawiyah M. Yusof,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6261/1/1718-3247-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6261/
http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Meskipun beberapa inisiatif diambil bagi merapat jurang digital di Malaysia, banyak lagi usaha perlu dilakukan terutamanya bagi meningkat status ekonomi dan pendidikan di kawasan luar bandar. Jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar dan luar bandar. Kertas ini bertujuan menyelidiki sama ada kemahiran TMK menyumbang dalam merapat jurang digital dengan melihat kajian kes di kawasan luar bandar iaitu Kundang Ulu, Muar Johor. Kajian mengguna soal selidik bagi mengumpul data tentang latar belakang responden, penggunaan TMK dan kemahiran mengguna TMK melibatkan seramai 585 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung Ahmad (SMKTTA). Hasil kajian menunjukkan peratusan pemilikan komputer dan penggunaan TMK adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar. Kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pihak berkuasa yang lain dalam merangka dasar dan mengenal pasti strategi merapat jurang digital di Malaysia.