Reka bentuk DNA mengguna sistem imun buatan objektif tunggal
Jujukan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) yang tepat penting bagi komputeran DNA agar proses pengiraan berasaskan DNA menghasil keputusan yang berkesan. Untuk menghasil jujukan DNA yang baik, ramai penyelidik berusaha mengurangi kesilapan pengiraan dalam komputeran DNA dengan memberi tumpuan k...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6254/1/2261-4487-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/6254/ http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/archive |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jujukan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) yang tepat penting bagi komputeran DNA agar proses pengiraan
berasaskan DNA menghasil keputusan yang berkesan. Untuk menghasil jujukan DNA yang baik, ramai penyelidik
berusaha mengurangi kesilapan pengiraan dalam komputeran DNA dengan memberi tumpuan kepada pembangunan
kaedah mereka bentuk jujukan DNA yang baik. Kajian ini membangun kaedah mereka bentuk jujukan DNA berasaskan
sistem imun buatan (SIB) bagi mengoptimum reka bentuk jujukan DNA. Teknik Algoritma Pilihan Negatif (APN) dan
Algoritma Pilihan Klonal dihibrid dan satu algoritma baharu dihasil bagi mereka bentuk jujukan DNA. Algoritma ini
dipanggil Algoritma berasaskan Pemilihan Negatif dan Klonal bagi mereka bentuk DNA atau PNK-D. Secara asasnya,
terdapat empat kekangan yang berkesan terhadap gerak balas jujukan DNA iaitu; Hsukatan, keserupaan, kesinambungan,
selekoh-tajam dan dua kekangan lain untuk mengekal keseragaman dalam turutan iaitu kandungan-GC dan suhu leleh
(Tm). Nilai keempat-empat kekangan ini diagregasi sebagai satu objektif tunggal. Hasil keputusan kajian ini dibanding
dengan kajian lepas yang mengguna kaedah pengoptimuman koloni semut (ACO) bagi menyelesai permasalahan
reka bentuk jujukan DNA. Hasil perbandingan menunjukkan jujukan DNA dihasil AIS lebih baik daripada jujukan yang
dihasil mengguna kaedah ACO. |
---|