Kebolehcapaian nasihat bagi pengurusan penyakit tanaman oleh pekebun kecil lada hitam, Sarawak: Tinjauan awal

Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu tanaman industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia khususnya di Sarawak. Kebelakangan ini insiden serangan penyakit terhadap tanaman lada hitam telah merencat pengeluaran produktiviti t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamarudin Shafinah,, Noraidah Sahari,, Riza Sulaiman,, Ribka Alan,, Fitri Abdul Aziz Zakry,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6237/1/Kamarudin_%26_hafinah-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6237/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan salah satu tanaman industri yang mempunyai nilai eksport yang tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia khususnya di Sarawak. Kebelakangan ini insiden serangan penyakit terhadap tanaman lada hitam telah merencat pengeluaran produktiviti tanaman ini. Situasi semasa yang dihadapi oleh pekebun kecil yang mampu memberi impak terhadap kualiti dan kuantiti hasil tanaman mereka jarang dilaporkan. Kaedah penasihatan yang kurang efisien, ketidakcukupan pengetahuan dan tempoh masa yang panjang bagi capaian sesuatu nasihat dipercayai boleh memberi kesan kepada aspek ekonomi dan pengurusan penyakit. Oleh itu, satu tinjauan awal telah dilaksanakan untuk mengenalpasti situasi semasa yang merangkumi aspek penasihatan dan penyakit tanaman khususnya bagi tanaman lada hitam daripada perspektif pekebun kecil di kawasan luar bandar. Kaedah penyelidikan ini menggunakan borang senarai semak dan telah diedar kepada pekebun kecil yang mengusaha tanaman lada hitam di kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga yang terletak di Bahagian Kapit, Sarawak. Hasil tinjauan awal ini mendapati pekebun kecil yang mengusaha tanaman lada hitam sering menghadapi masalah tanaman berpenyakit dan turut menghadapi isu kaedah penasihatan yang kurang efisien. Kaedah sistem penasihatan baru yang strategik seperti penggunaan teknologi maklumat perlu diperkenalkan supaya pekebun kecil di kawasan luar bandar boleh memperolehi maklumat dengan pantas bagi menyelesaikan masalah apabila menghadapi insiden serangan penyakit tanaman dan membantu mengurangkan risiko kerugian akibat kemusnahan tanaman.