Kecerdasan emosi dan hubungannya dengan perilaku dan prestasi akademik pelajar Sekolah Menengah di Bachok, Kelantan

Satu kajian telah dijalankan dengan kaedah survey untuk mengenal pasti pertalian antara kecerdasan emosi dengan tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Sejumlah 100 orang pelajar Tingkatan 4 daripada SMK Jelawat, Bachok, Kelantan telah ditadbirkan soal selidik yang mengukur li...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chan , Siok Gim, Rodziah Mohamad Nor,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6126/1/Akademika_82%282%29Chap_11-locked.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6126/
http://www.ukm.my/penerbit/jademik.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian telah dijalankan dengan kaedah survey untuk mengenal pasti pertalian antara kecerdasan emosi dengan tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Sejumlah 100 orang pelajar Tingkatan 4 daripada SMK Jelawat, Bachok, Kelantan telah ditadbirkan soal selidik yang mengukur lima jenis kecerdasan emosi iaitu Kesedaran Diri, Kawalan Diri, Motivasi, Empati dan Kemahiran Sosial. Selain daripada kecerdasan emosi, tingkah laku dan pencapaian akademik pelajar turut diukur oleh soal selidik yang sama. Nilai Cronbach Alfa bagi semua item yang mengukur tingkah laku dan lima jenis kecerdasan emosi melebihi 0.8 maka boleh dipercayai. Keputusan menunjukkan nilai min bagi setiap kecerdasan emosi adalah seperti berikut: Kemahiran Sosial (74.03), Kesedaran Diri (73.58), Motivasi (72.66), Empati (72.53) dan Kawalan Diri (68.10). Semua kecerdasan emosi yang dikaji menunjukkan pertalian yang sederhana dengan pencapaian akademik pelajar: Kawalan Diri (r = 0.533), Empati (r = 0.529), Motivasi (r = 0.463), Kemahiran Sosial (r = 0.448) dan Kesedaran Diri (r = 0.406). Apabila lima kecerdasan emosi ini dikorelasikan dengan tingkah laku pelajar, tiga mempunyai korelasi yang tinggi manakala dua lagi mempunyai korelasi yang sederhana. Kemahiran Sosial (r = 0.724), Empati (r = 0.721) dan Motivasi (r = 0.718) mempunyai pertalian yang tinggi manakala Kawalan Diri (r = 0.697) dan Kesedaran Diri (r = 0.658) mempunyai pertalian yang sederhana dengan tingkah laku pelajar.