Kesedaran dan amalan kesopanan dalam kalangan remaja Malaysia: menilai sumbangan teori kesopanan Brown Levinson

Artikel ini memfokuskan perbincangan mengenai kesedaran dan amalan kesopanan dalam kalangan remaja. Secara amnya, korpus kajian ditumpukan kepada kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah Malaysia. Justeru kajian ini bersifat "pilot test". Oleh itu, kajian ini dapatlah dianggap sebagai tit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Che Man,, Munir Shuaib,, Razif Muhd,, Sarjit Kaur,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6123/1/Akademika_82%282%29Chap_8-locked.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6123/
http://www.ukm.my/penerbit/jademik.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan perbincangan mengenai kesedaran dan amalan kesopanan dalam kalangan remaja. Secara amnya, korpus kajian ditumpukan kepada kalangan pelajar sekolah-sekolah menengah Malaysia. Justeru kajian ini bersifat "pilot test". Oleh itu, kajian ini dapatlah dianggap sebagai titik asas permulaan kepada perbincangan yang bersifat holistik dalam kajian mendatang. Kaedah kajian yang menjadi asas perbincangan artikel ini ialah Teori Kesopanan (Politeness Theory) yang pernah diutarakan oleh Brown & Levinson (1987). Matlamat artikel ini juga adalah untuk memperkenalkan Teori Kesopanan, mencakupi definisi dan konsep, kaedah dan rangka dasar Teori Kesopanan, proses pembentukan teori dan aplikasi strategi kesopanan. Dalam masa yang sama, artikel ini turut mengambil kira elemen-elemen kesedaran dan kesopanan yang menjadi kata kunci dan dasar penting perbincangan. Memahami kata dasar kedua-dua elemen tersebut amatlah perlu untuk dalam usaha untuk menyelaras, menyesuai dan mencari keselarian antara budaya dan persekitaran setempat dengan teori dan model dari perspektif Barat. Hal ini amat penting diambil kira kerana kesedaran dan amalan itu adalah faktor utama mempengaruhi proses sahsiah diri dan sosialisasi. Rumusan artikel ini memperlihatkan keselarian Teori Kesopanan dengan budaya setempat yang akan menjadi satu alternatif kepada pelbagai pihak dalam usaha mengenal pasti dan menilai kesedaran dan amalan kesopanan dalam kalangan remaja.