Konflik di Pusat Pemindahan Banjir: kajian kes di Daerah Padang Terap, Kedah.

Banjir merupakan fenomena yang semakin kerap berlaku kesan daripada perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin teruk. Apabila banjir berlaku, mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan konflik yang berlaku di pusat pemindahan ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zulhafiz Said,, Salfarina Abdul Gapor,, Mohd Nazri Samian,, Abd Malik Abd Aziz,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6068/1/69-78.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6068/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banjir merupakan fenomena yang semakin kerap berlaku kesan daripada perubahan iklim dan pemanasan global yang semakin teruk. Apabila banjir berlaku, mangsa banjir akan dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir di Padang Terap dimana pusat pemindahan yang sedia ada kurang penyelenggaraan yang baik. Ini akan menambahkan lagi tekanan emosi mangsa banjir kerana pada masa yang sama rumah dan harta benda mereka juga ditenggelami air termasuk kemusnahan tanaman dan ternakan. Artikel ini adalah untuk mengenalpasti contoh-contoh konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir dan mencadangkan pendekatan yang terbaik untuk mengurangkan konflik yang berlaku di pusat pemindahan banjir. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pendekatan kuantitatif seperti soal selidik kepada 683 responden dan pendekatan kualitatif perbincangan kumpulan fokus terhadap 30 orang pemimpin tempatan. Dapatan menunjukan konflik di pusat pemindahan banjir wujud disebabkan oleh makanan yang tidak mencukupi, tiada kefahaman sesama mangsa banjir dan pusat pemindahan yang sesak serta kelengkapan infrastruktur yang tidak sesuai dan mencukupi. Oleh itu, cadangan seperti meningkatkan infrastruktur di pusat pemindahan banjir penting dalam meningkatkan kepuasan hati mangsa banjir serta mengutamakan keselesaan mereka adalah usaha yang perlu di samping barangan makanan yang mencukupi dan cepat sampai serta mengadakan aktiviti seperti kaunseling kepada mangsa banjir agar trauma dan tekanan yang dihadapi akan berkurang.