Red cell antibody screening in pregnancy: a preliminary insight?

Aloimunisasi sel darah merah ditakrifkan sebagai pembentukan antibodi di dalam respons kepada antigen asing sel merah melalui proses transfusi atau mengandung. Di kalangan wanita hamil yang tidak mempunyai sejarah transfusi darah, mereka boleh mengalami aloimunisasi pada kehamilan yang lalu atau sem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suria, AA, Nurdiyana, MN, Huik, MAY L, Alex, YCS, Noornabillah, R, Hud, MA, Leong, CF, Norazlin, MI, Nurasyikin, Y
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/6060/1/05-MS145_%2841-46%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/6060/
http://www.medicineandhealthukm.com
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aloimunisasi sel darah merah ditakrifkan sebagai pembentukan antibodi di dalam respons kepada antigen asing sel merah melalui proses transfusi atau mengandung. Di kalangan wanita hamil yang tidak mempunyai sejarah transfusi darah, mereka boleh mengalami aloimunisasi pada kehamilan yang lalu atau semasa disebabkan oleh kehadiran antigen sel merah bapa yang diwarisi kepada janin. Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens aloimunisasi sel darah merah di kalangan wanita hamil tanpa sejarah transfusi darah di PPUKM dan juga untuk mengaitkan kelazimannya dengan nombor kehamilan dan sejarah komplikasi obstetrik. Ini adalah satu kajian keratan rentas di mana 150 wanita hamil telah dipilih secara rawak di klinik antenatal PPUKM. Sepuluh ml darah periferal telah diperolehi selepas persetujuan diambil dari setiap pesakit. Ujian yang dijalankan ke atas sampel-sampel darah tersebut termasuk ujian jenis kumpulan darah ABO dan Rh D dan saringan antibodi dengan menggunakan teknik ujian antiglobulin tidak langsung. Sampel positif terus dikenalpasti untuk pengkhususan antibodi. Dalam kajian kami, majoriti (37.3%) daripada wanita adalah primigravida. Aloantibodi sel darah merah telah dikesan pada dua daripada 150 (1.3%) pesakit yang kemudiannya dikenalpasti sebagai anti-C dan anti-D. Namun tiada seorang pun daripada primigravida yang mengalami aloimunisasi. Seorang wanita dari gravida 2 (2.9%) dan gravida 3 (3.6%) didapati positif bagi aloimunisasi. Salah seorang daripada mereka juga mempunyai sejarah obstetrik buruk. Kajian ini menunjukkan bahawa kelaziman aloimunisasi sel darah merah di kalangan wanita hamil adalah rendah di pusat ini. Walau bagaimanapun, ujian saringan bagi aloantibodi sel darah merah perlu disediakan untuk mengurangkan komplikasi kepada janin atau ibu yang mungkin timbul akibat aloimunisasi sel darah merah.