Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tindak balas serabut tandan kosong kelapa sawit (EFBF) melalui kaedah modifikasi kimia dan penghidroksilpropilan menggunakan polietilena glikol (PEG). Peringkat pertama merujuk kepada tindak balas modifikasi kimia menggunakan NaOH dan isopropanol. Peringkat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noreen Farzuhana, M.Z., Zakaria, S.
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5973/1/06%2520M.Z.%2520Noreen.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5973/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.5973
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.59732016-12-14T06:39:59Z http://journalarticle.ukm.my/5973/ Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG)) Noreen Farzuhana, M.Z. Zakaria, S. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tindak balas serabut tandan kosong kelapa sawit (EFBF) melalui kaedah modifikasi kimia dan penghidroksilpropilan menggunakan polietilena glikol (PEG). Peringkat pertama merujuk kepada tindak balas modifikasi kimia menggunakan NaOH dan isopropanol. Peringkat seterusnya adalah penyediaan hidroksilpropil-serabut tandan kosong kelapa sawit (HP-EFBF) menggunakan berat molekul PEG berbeza (6000, 8000 dan 10000). Pencirian yang terlibat dalam kajian ini adalah analisis menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM), spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), penentuan kinetik tenaga pengaktifan (Ea), analisis pembelauan sinar-X (XRD), indeks kehabluran Selulosa (CrI) dan pertambahan berat HP-EFBF. Keputusan SEM menunjukkan morfologi permukaan HP-EFBF mula membengkak dan terdapat pembentukan lubang sepanjang permukaan gentian. Spektrum IR juga menunjukkan getaran OH dalam EFBF tanpa rawatan adalah pada 3402 cm-1 tetapi selepas proses penghidroksilpropilan, getaran OH dalam HP-EFBF (10000, 8000 dan 6000) masing-masing sedikit teranjak kepada 3,392, 3,384 dan 3,370 cm-1. TGA menunjukkan kestabilan terma HP-EFBF 6,000 lebih rendah berbanding HP-EFBF 8000 dan 10000. Selepas modifikasi kimia, tenaga pengaktifan, Ea meningkat daripada 32.4 kepada 51.9 kJ/mol berbanding EFBF tanpa rawatan iaitu 12.5 kJ/mol. XRD menunjukkan puncak belauan (002) teranjak kepada sudut 2θ yang lebih kecil dan puncak [(101), (10Î)] lenyap selepas proses penghidroksilpropilan. Indeks kehabluran selulosa, CrI menunjukkan kehabluran EFBF tanpa rawatan berkurang daripada 27% kepada 25% selepas modifikasi kimia. Semakin tinggi berat molekul PEG yang digunakan, semakin tinggi pertambahan berat HP-EFBF. Universiti Kebangsaan Malaysia 2013-03 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/5973/1/06%2520M.Z.%2520Noreen.pdf Noreen Farzuhana, M.Z. and Zakaria, S. (2013) Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG)). Sains Malaysiana, 42 (3). pp. 307-318. ISSN 0126-6039 http://www.ukm.my/jsm/
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Perpustakaan Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tindak balas serabut tandan kosong kelapa sawit (EFBF) melalui kaedah modifikasi kimia dan penghidroksilpropilan menggunakan polietilena glikol (PEG). Peringkat pertama merujuk kepada tindak balas modifikasi kimia menggunakan NaOH dan isopropanol. Peringkat seterusnya adalah penyediaan hidroksilpropil-serabut tandan kosong kelapa sawit (HP-EFBF) menggunakan berat molekul PEG berbeza (6000, 8000 dan 10000). Pencirian yang terlibat dalam kajian ini adalah analisis menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM), spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), penentuan kinetik tenaga pengaktifan (Ea), analisis pembelauan sinar-X (XRD), indeks kehabluran Selulosa (CrI) dan pertambahan berat HP-EFBF. Keputusan SEM menunjukkan morfologi permukaan HP-EFBF mula membengkak dan terdapat pembentukan lubang sepanjang permukaan gentian. Spektrum IR juga menunjukkan getaran OH dalam EFBF tanpa rawatan adalah pada 3402 cm-1 tetapi selepas proses penghidroksilpropilan, getaran OH dalam HP-EFBF (10000, 8000 dan 6000) masing-masing sedikit teranjak kepada 3,392, 3,384 dan 3,370 cm-1. TGA menunjukkan kestabilan terma HP-EFBF 6,000 lebih rendah berbanding HP-EFBF 8000 dan 10000. Selepas modifikasi kimia, tenaga pengaktifan, Ea meningkat daripada 32.4 kepada 51.9 kJ/mol berbanding EFBF tanpa rawatan iaitu 12.5 kJ/mol. XRD menunjukkan puncak belauan (002) teranjak kepada sudut 2θ yang lebih kecil dan puncak [(101), (10Î)] lenyap selepas proses penghidroksilpropilan. Indeks kehabluran selulosa, CrI menunjukkan kehabluran EFBF tanpa rawatan berkurang daripada 27% kepada 25% selepas modifikasi kimia. Semakin tinggi berat molekul PEG yang digunakan, semakin tinggi pertambahan berat HP-EFBF.
format Article
author Noreen Farzuhana, M.Z.
Zakaria, S.
spellingShingle Noreen Farzuhana, M.Z.
Zakaria, S.
Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))
author_facet Noreen Farzuhana, M.Z.
Zakaria, S.
author_sort Noreen Farzuhana, M.Z.
title Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))
title_short Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))
title_full Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))
title_fullStr Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))
title_full_unstemmed Penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(PEG))
title_sort penghidroksilpropilan serabut tandan kosong kelapa sawit menggunakan polietilena glikol(peg))
publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2013
url http://journalarticle.ukm.my/5973/1/06%2520M.Z.%2520Noreen.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5973/
http://www.ukm.my/jsm/
_version_ 1643736601302401024
score 13.18916