Persepsi ke atas penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan

Penggunaan alat dan teknik kualiti adalah kaedah peningkatan kualiti yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data secara sistematik. Dalam makalah ini, persepsi penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 219 bu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Zaharuzaman Jamaluddin,, Ahmad Mahir Razali,, Zainol Mustafa,
格式: Article
語言:English
出版: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
在線閱讀:http://journalarticle.ukm.my/5919/1/jqma-8-2-makalah1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5919/
http://pkukmweb.ukm.my/ppsmfst/jqma/index2.html
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penggunaan alat dan teknik kualiti adalah kaedah peningkatan kualiti yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data secara sistematik. Dalam makalah ini, persepsi penggunaan alat dan teknik kualiti terhadap prestasi kualiti dalam industri pembuatan dikaji. Sampel kajian terdiri daripada 219 buah industri pembuatan merangkumi organisasi bersaiz kecil, sederhana dan besar yang beroperasi di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan analisis lintasan dengan penganggaran kebolehjadian maksimum untuk menganggarkan hubungan dalam satu sistem persamaan struktur menggunakan perisian AMOS yang melibatkan 5 kriterium, iaitu alat kawalan proses statistik (KPS), alat pengurusan, teknik lanjutan, peningkatan kualiti dan prestasi kualiti. Hasil analisis lintasan menunjukkan pemberat regresi anggaran adalah bererti berdasarkan nilai-p (nilai-p < 0.05), iaitu perkaitan antara kriterium kajian adalah bererti secara statistik melainkan perkaitan antara alat pengurusan dengan peningkatan kualiti. Ringkasnya, model analisis lintasan adalah sah dari segi statistik dan mencapai indeks padanan yang baik dengan ujian Khi kuasa dua (χ2 (dk = 3) = 6.172, nilai-p = 0.082), CFI = 0.989, TLI = 0.963 dan RMSEA = 0.075. Kesimpulannya, kajian ini memberikan penunjuk awal terhadap pengukuran prestasi kualiti melalui penggunaan alat dan teknik kualiti khususnya dalam industri pembuatan.