Kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan dan hukumannya menurut Islam

Kesalahan khalwat dan perbuatan kurang sopan adalah dua bentuk kesalahan jenayah syariah yang mempunyai pengertian berbeza. Peruntukan perundangan dan hukuman terhadap kedua-dua kesalahan tersebut telah dinyatakan dalam enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia. Kertas kerja ini bertuju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ainul Basirah Ismail,, Zuliza Mohd Kusrin,, Mat Noor Mat Zain,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5857/1/JD005961%2520Teks%25204.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5857/
http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesalahan khalwat dan perbuatan kurang sopan adalah dua bentuk kesalahan jenayah syariah yang mempunyai pengertian berbeza. Peruntukan perundangan dan hukuman terhadap kedua-dua kesalahan tersebut telah dinyatakan dalam enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan definisi khalwat dan perbuatan tidak sopan menurut perspektif Islam. Fokus perbincangan menjurus kepada definisi kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan serta larangan-larangan perbuatan tersebut berdasarkan al-Quran dan al-Hadith. Perbincangan ini juga mengupas hikmah pengharaman perbuatan khalwat dan perbuatan tidak sopan. Bagi melengkapkan perbincangan ini, penulis juga mengupas bentuk-bentuk hukuman bagi kesalahan khalwat dan perbuatan tidak sopan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu analisis dokumen seperti buku-buku, artikelartikel dan kes-kes mahkamah yang berkaitan. Kajian hanya merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak dan kes-kes yang diputuskan di negeri Perak. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dari segi definisi khalwat dan perbuatan tidak sopan di dalam Islam namun dari segi hukumannya tidak terdapat perbezaan kerana kedua-dua kesalahan ini dikategorikan sebagai kesalahan hukuman takzir. Hukuman bagi kesalahan jenayah khalwat adalah lebih berat berbanding perbuatan tidak sopan, sebagaimana dinyatakan dalam enakmen negeri-negeri.