Tipologi keperibadian manusia dalam perspektif al-Quran
Terdapat banyak ayat al-Quran yang membincangkan persoalan manusia. Perbincangan itu meliputi unsur-unsur keperibadian dan wataknya. Banyak istilah yang digunakan al-Quran mengenai watak manusia seperti mukmin dan kafir. Watak mukmin termasuk di dalamnya Muslim dan muttaqin melahirkan watak lain...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5854/1/JD005961%2520Teks%25201.pdf http://journalarticle.ukm.my/5854/ http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat banyak ayat al-Quran yang membincangkan persoalan manusia.
Perbincangan itu meliputi unsur-unsur keperibadian dan wataknya. Banyak
istilah yang digunakan al-Quran mengenai watak manusia seperti mukmin dan
kafir. Watak mukmin termasuk di dalamnya Muslim dan muttaqin melahirkan
watak lainnya, iaitu sālih, muslih muhsin, mukhlis, mutasaddiq, mutma’innah,
mustaghfir, sābir, muflih, dan watak-watak terpuji lainnya. Watak kafir
termasuk di dalamnya musyrik melahirkan pula watak munāfiq, fāsiq, kādhib,
mukadhdhib, mujrim, dall, mudill, mufsid, khabīth, bakhīl, dan watak-watak
tercela lainnya. Ada sepuluh perkara yang dijadikan standard oleh al-Quran
dalam mengklasifikasikan watak keperibadian, iaitu watak kebenaran dalam
memandang risalah ilahiah, watak bermuamalah, watak kondisi jiwa, watak
hawa nafsu, watak menghadapi persoalan luaran yang berkaitan dengannya,
watak pengenalan terhadap kebenaran dan mengikutinya, watak fenomena alam
sebagai ayat Allah, watak sikap terhadap kebahagiaan akhirat, watak perbuatan
jahat, serta watak kepedulian sosial. Semua watak ini secara umum dapat dibagi
menjadi dua kumpulan, iaitu watak-watak orang baik dan watak orang yang
tidak baik. Watak orang baik merupakan turunan dari watak mukmin. Watak
orang tidak baik adalah turunan dari watak kafir. Perbincangan al-Quran
mengenai watak ini memperlihatkan perbezaan yang cukup tajam dengan watak
keperibadian dalam perbincangan psikologi konvensional. Perbezaan tersebut
terlihat pada standard yang digunakan dalam menentukan watak tersebut,
penilaian, dan kemungkinan-kemungkinan terjadinya perubahan dari suatu watak
menjadi watak lainnya. Yang terpenting dalam perbincangan al-Quran mengenai
watak manusia adalah kesan dari suatu watak terhadap peribadi yang memiliki
watak itu. Orang yang memiliki watak baik mendapatkan keberuntungan, dan
orang yang memiliki watak yang tidak baik mendapatkan kerugian. |
---|