Analisis kefahaman penulisan wasiat orang Islam di Negeri Melaka.

Wasiat ialah pesanan yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya kepada seseorang yang lain sama ada dalam bentuk tulisan,lisan ataupun isyarat dan terlaksana selepas kematian pewasiat. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad(ARB)daripada tahun 2008 sehinggalah 2010, jumlah pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kasimah Kamaruddin ,, Md. Yazid Ahmad,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5818/
http://www.ukm.my/ijis/kandungan.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wasiat ialah pesanan yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya kepada seseorang yang lain sama ada dalam bentuk tulisan,lisan ataupun isyarat dan terlaksana selepas kematian pewasiat. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad(ARB)daripada tahun 2008 sehinggalah 2010, jumlah pendaftaran wasiat orang islam negeri Melaka semakin meningkat dari tahun kesetahun. Sehingga tahun 2010,jumlah pendaftaran orang islam negeri Melaka ialah 169 orang. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji perbezaan antara konsep wasiat dan wisayah.selain itu untuk mengkaji sejauh mana kefahaman penduduk islam negeri Melaka mengenai penulisan wasiat.Bagi mencapai objektif berkenaan, kajian lapangan dengan menggunakan borang soal selidik dan analisis dokumen digunakan. Dalam kajian ini, maklumat diperolehi daripada 90 orang respondent yang terdiri daripada 30 orang penulis wasiat.30 orang ejen pengurusan wasiat dan 30 orang ahli simati yang menguruskan harta pusaka tersebut. Pemilihan sampel secara berstruktur telah digunakan.Data kajian yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif .Hasil kajian ini mendapati konsep wasiat dan wisayah adalah sama iaitu dari sudut pengamanahan harta. Perbezaannya adalah dari sudut perlaksanaannya sahaja.secara keseluruhannya tahap kefahaman orang islam Negeri Melaka terutamanya dikalangan penulis wasiat, ahli waris dan juga ejen pengurusan harta dan wasiat berada ditahap yang memuaskan.