Nilai taksonomi ciri anatomi lamina daun dan adaptasi kepada persekitaran spesies hutan paya bakau (Rhizophoraceae)

Kajian ciri anatomi lamina daun telah dijalankan ke atas sebelas spesies daripada empat genus daripada famili Rhizophoraceae di hutan paya bakau. Selain mempunyai ciri yang unik dari segi morfologi, spesies tumbuhan di paya bakau ini juga mempunyai keunikan dari segi anatomi daunnya yang dikatakan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurnida, M.K, Talip, N, Ruzi, A.R
Format: Article
Language:English
Published: University Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5749/1/C4-4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5749/
http://www.ukm.my/jtme/index.php
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ciri anatomi lamina daun telah dijalankan ke atas sebelas spesies daripada empat genus daripada famili Rhizophoraceae di hutan paya bakau. Selain mempunyai ciri yang unik dari segi morfologi, spesies tumbuhan di paya bakau ini juga mempunyai keunikan dari segi anatomi daunnya yang dikatakan berkait rapat dengan persekitarannya, memandangkan tumbuhan ini mendiami habitat yang terdedah kepada kemasinan dan pasang surut air laut. Hasil kajian menunjukkan kehadiran sel hipodermis dan sel rembes, kehadiran kutikel dan selaput berkas sel parenkima adalah serupa atau sama pada kesemua spesies yang dikaji. Kesemua spesies kajian mempunyai satu lapisan sel epidermis kecuali pada spesies Kandelia candel dengan dua lapisan sel epidermis. Kehadiran sel sklereid dan sel rembes pada lamina daun genus Rhizophora merupakan ciri pembeza bagi genus ini dengan genus Kandelia, Bruguiera dan Ceriops daripada famili Rhizophoraceae di kawasan paya bakau. Sel sklereid yang dilihat hadir pada genus Rhizophora adalah daripada jenis osteosklereid dan astrosklereid. Kesimpulannya, kajian anatomi yang dijalankan menunjukkan ciri anatomi tertentu hadir pada spesies hutan paya bakau sebagai salah satu ciri pengubahsuaian terhadap persekitaran yang melampau dan juga mempunyai nilai taksonomi untuk pembezaan genus.