Isu semasa dan persepsi belia terhadap politik dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 (Current issues and the perception of youth on politics in the General Election of Sarawak State Legislative Assembly 2011)

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April 2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Arti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fuad Mat Jali,, Junaidi Awang Besar,, Yahaya Ibrahim,, Khaidzir Ismail,, Novel Lyndon,, Noor Aziah Mohd Awal,, Jeniri Amir,, Ahi Sarok,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5740/1/15c.geografia-nov%25202012-si-fuad%2520junaidi-edkat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5740/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April 2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu dan persepsi politik pengundi muda dalam PRU DUN Sarawak 2011. Kajian ini dilakukan di Zon Sarawak Barat. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual tidak formal serta kaji selidik terhadap 1,522 orang responden di 22 kawasan DUN Sarawak. Data sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan isu pembangunan dijadikan modal kempen utama pihak BN manakala parti pembangkang mengetengahkan isu seperti kenaikan harga bahan api dan harga barang dalam kempen mereka. Parti pembangkang juga memanipulasi isu tanah NCR dan rasuah serta kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak dalam siri ceramah politik dan risalah mereka. Rata-rata pengundi muda bersetuju dengan program pembangunan kerajaan namun banyak yang perlu dilakukan. Untuk mendapatkan sokongan pengundi muda, keperluan sosioekonomi golongan muda perlu dipenuhi oleh pihak yang berkenaan. Seterusnya, pengundi muda menjangkakan BN akan terus menang seterusnya memerintah negeri Sarawak untuk penggal berikutnya.