Pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir

Pengurusan pengetahuan merupakan isu utama yang sering dihadapi firma yang terlibat dalam industri penyumberan luar perakaunan luar pesisir. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk memahami cabaran dalam pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir bagi syarikat pembek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aini Aman,, Rosma Nadianti Risman,
Format: Article
Language:English
Published: FEP 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5690/1/vol3ch4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5690/
http://www.ukm.my/ajag/issues.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan pengetahuan merupakan isu utama yang sering dihadapi firma yang terlibat dalam industri penyumberan luar perakaunan luar pesisir. Objektif utama kertas kerja ini ialah untuk memahami cabaran dalam pengurusan pengetahuan dalam penyumberan luar perakaunan luar pesisir bagi syarikat pembekal perkhidmatan. Kertas kerja ini juga membincangkan bagaimana syarikat tersebut mengatasi cabaran pengurusan pengetahuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes intepretif sebuah syarikat UK yang beroperasi di Malaysia. Kertas kerja ini meninjau aspek pengurusan pengetahuan dalam setiap kitar penciptaan, penyimpanan, pemindahan dan aplikasi pengetahuan. Hasil kajian menunjukkan bahawa cabaran utama dalam pengurusan pengetahuan ialah kesukaran untuk melatih pekerja baharu dan antara kaedah utama yang digunakan untuk mengatasi cabaran ini adalah melalui latihan tidak formal. Dapatan awal kajian ini turut menyumbang kepada teori tentang peningkatan bakat melalui amalan pendokumentasian dan latihan tidak formal. Secara praktis pula, ia mengetengahkan mekanisma pengurusan pengetahuan yang boleh diguna pakai oleh syarikat pembekal bersaiz kecil untuk menguruskan pengetahuan secara lebih berkesan, terutamanya dalam industri perkhidmatan penyumberan luar perakaunan.