Industri pelancongan dan alam sekitar di Port Dickson: menyorot titik keseimbangan antara permintaan dan penawaran

Industri pelancongan bergantung kepada alam sekitar sebagai sumber yang tidak ternilai. Dalam perkembangan dan pembangunan sektor pelancongan di Malaysia, peningkatan jumlah pelancong telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penginapan, pemak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Azlan Abdullah,, Noraziah Ali,, Rosniza Aznie Che Rose,, Mohd Fuad Mat Jali,, Azahan Awang,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5658/1/14.geografia-okt%25202012-azlan-melayu-am.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5658/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pelancongan bergantung kepada alam sekitar sebagai sumber yang tidak ternilai. Dalam perkembangan dan pembangunan sektor pelancongan di Malaysia, peningkatan jumlah pelancong telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penginapan, pemakanan, rekreasi, tandas / persalinan dan sebagainya. Kesemuanya telah membawa perubahan persekitaran yang adakalanya menjejaskan ekosistem kawasan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti saling hubungan industri pelancongan dan persekitaran di Port Dickson. Didapati faktor fizikal, pengurusan oleh MPPD, peniaga / pengusaha dan pelancong sebagai pengguna bertanggung jawab ke atas kualiti pantai Port Dickson. Implikasi tekanan penduduk, sifat pengotor pengujung, peniaga / pengusaha yang mengutamakan keuntungan, kelemahan perancangan dan penguatkuasaan penjagaan alam sekitar mungkin memudaratkan ekosistem pantai jika langkah sesuai tidak diambil. Dalam konteks saling hubungan tersebut produk bernilai yang dinikmati oleh para pelancong seharusnya tidak terjejas bagi memastikan Port Dickson kekal sebagai destinasi pelancongan mapan untuk jangka panjang.