Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua: pengungkapan idea dalam penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia

Komponen penulisan karangan adalah salah satu komponen penting dalam pembelajaran bahasa Melayu dan diuji dalam kertas 1 Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).kertas kerja ini akan membentangkan dapatan kajian mengenai penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia yang memp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norsimah Mat Awal,, Nadrah Abu Bakar,, Nor Hashimah Jalaluddin,
Format: Article
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5636/
http://www.ukm.my/e-melayu/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Komponen penulisan karangan adalah salah satu komponen penting dalam pembelajaran bahasa Melayu dan diuji dalam kertas 1 Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).kertas kerja ini akan membentangkan dapatan kajian mengenai penulisan pelajar sekolah menengah di Malaysia yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan memfokus pada pengungkapan idea dalam penulisan karangan.Secara khususnya kertas kerja ini melihat penggunaan ungkapan menarik dalam penulisan mereka.Ungkapan menarik yang dimaksudkan ialah penggunaan peribahasa, pantun, cogan kata,frasa menarik, petikan ucapan,kata-kata hikmat,petikan hadis,kosa kata yang cantik maksud, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain. kajian dijalankan dilima kawasan iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dan melibatkan lima belas buah sekolah (tiga sekolah di setiap kawasan).Dapatan umum kajian mendapati pencapaian para pelajar ini secara majoritinya adalah ditahap sederhana dan lebih 20% dianggap lemah.Di samping itu pencapaian pelajar dari luar bandar di dapati lebih baik dari pelajar bandar. Oleh itu dapat di simpulkan bahawa majoriti pelajar ini mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa kedua masih ditahap tidak memuaskan kerana tidak dapat menguasai bahasa melayu dengan baik.Dengan yang demikian usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar untuk menguasai bahasa melayu kerana bahasa adalah salah satu jambatan bagi mengikat hubungan yang baik antara pelbagai kaum di Malaysia.