Pengaruh sumber nitrogen terhadap pertumbuhan endofit streptomyces SUK 02 dan aktiviti antifungus

Bakteria endofit adalah berpotensi untuk menghasilkan antibiotik dan metabolit sekunder yang lain. Penghasilan metabolit sekunder dapat ditingkatkan melalui pengoptimuman kandungan nutrien seperti sumber nitrogen. Dalam kajian ini kandungan sumber nitrogen iaitu ammonium sulfat, ammonium dihidrogen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraziah Mohamad Zin,, Marlini Othman,
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2012
Subjects:
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5616/1/JSKM%20bab%206.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5616/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bakteria endofit adalah berpotensi untuk menghasilkan antibiotik dan metabolit sekunder yang lain. Penghasilan metabolit sekunder dapat ditingkatkan melalui pengoptimuman kandungan nutrien seperti sumber nitrogen. Dalam kajian ini kandungan sumber nitrogen iaitu ammonium sulfat, ammonium dihidrogen fosfat, kalium nitrat dan natrum nitrat telah diubahsuai di dalam kaldu International Streptomyces Project 4 (ISP4) untuk pertumbuhan Streptomyces SUK 02. Pengekstrakan dilakukan dengan menggunakan etil asetat dan aktiviti antifungus ditentukan dengan menggunakan teknik serapan agar. Fungus ujian yang digunakan adalah Aspergillus fumigatus dan Fusarium solani. Hasil kajian menunjukkan peratusan berat (w/v) ekstrak kasar maksima didapati daripada kaldu yang mengandungi natrium nitrat (3.30%), diikuti oleh ammonium dihidrogen fosfat (2.24%), ammonium sulfat (1.46%) dan kalium nitrat (1.20%). Aktiviti antifungus dikesan daripada ekstrak bersumberkan nitrogen ammonium sulfat.Peratus perencatan ekstrak tersebut terhadap Aspergillus fumigatus dan Fusarium solani adalah 33.0-35.0% dan 17.4-30.0%, masing-masing. Manakala nilai MIC terhadap Aspergillus fumigatus adalah 1.5 mg/ml. Sebagai kesimpulan, natrium nitrat merupakan sumber nitrogen yang sesuai bagi partumbuhan optimum Streptomyces SUK 02 manakala kehadiran ammonium sulfat boleh meningkatkan aktiviti antifungus.