Kualiti hidup dan kesejahteraan belia: kajian ke atas pekerja sektor awam Malaysia

Kualiti hidup dan kesejahteraan adalah satu konsep yang saling melengkapi, sehinggakan ada pihak yang menerima dan menggunakannya secara tukar-ganti. Namun begitu, ianya boleh dibezakan daripada cara pengukuran, iaitu kualiti hidup biasanya diukur secara objektif dan kesejahteraan diukur subjektif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaimah Ramli,, Sarmila Md Sum,, Azima Abdul Manaf,, Suhana Saad,, Mohd Yusof Hussain,, Novel Lyndon,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5607/1/13.geografia-sept%25202012-zaimah-si-ppspp-ed%2520am2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5607/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti hidup dan kesejahteraan adalah satu konsep yang saling melengkapi, sehinggakan ada pihak yang menerima dan menggunakannya secara tukar-ganti. Namun begitu, ianya boleh dibezakan daripada cara pengukuran, iaitu kualiti hidup biasanya diukur secara objektif dan kesejahteraan diukur subjektif. Sehubungan itu, kertas ini bertujuan membincangkan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan belia berkahwin dan bekerja dalam sektor awam. Tahap kualiti hidup belia diukur berdasarkan kepada pendapatan bulanan, tahap pendidikan, pemilikan rumah dan pemilikan produk kewangan. Sementara tahap kesejahteraan belia diukur berdasarkan persepsi belia ke atas kepuasan terhadap situasi kewangan semasa. Hasil kajian menunjukkan purata pendapatan bulanan responden ialah RM2,840.00. Kebanyakan responden mempunyai tahap pendidikan peringkat ijazah dan hanya sekitara 40 peratus daripda mereka memiliki rumah sendiri. Daripada segi pemilikan produk kewangan pula, sebahagian besar responden mempunyai simpanan, baik simpanan biasa mahupun simpanan kecemasan. Sementara itu, tahap kepuasan kewangan belia berkahwin terhadap situasi kewangan semasa mereka adalah sederhana.