Kesan kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Awam ke atas pembentukan ideopolis sekunder Bandar Baru Bangi

Peranan institusi pengajian tinggi dalam mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan sudah lama dibincangkan sama ada di negara maju atau negara membangun. Perkembangan terkini menunjukkan, institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam membentuk ideopolis, pendekatan yang telah diperk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah Jusoh,, Habibah Ahmad,, Nooraryanie Nor Azazi,, Suraiya Ishak,, Sivapalan Selvadurai,, Amriah Buang,, Mohd Ekhwan Toriman,, Novel Lyndon,, Er, Ah Choy
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5601/1/7.geografia-sept%25202012-hamzah%2520et%2520al-si-ppspp-ed%2520kat2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5601/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan institusi pengajian tinggi dalam mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan sudah lama dibincangkan sama ada di negara maju atau negara membangun. Perkembangan terkini menunjukkan, institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam membentuk ideopolis, pendekatan yang telah diperkenalkan oleh The Work Foundation. Melalui rangka kerja ini, banyak bandar mega telah dibangunkan. Sementara itu, pusat bandar yang lebih kecil di wilayah ideopolis boleh berfungsi sebagai ideopolis sekunder. Kajian ini bertujuan menilai keupayaan institusi pengajian tinggi, terutamanya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam memainkan peranannya menjana fungsi ideopolis dan mengangkat status Bandar Baru Bangi sebagai sebuah ideopolis sekunder. Penilaian dibuat berdasarkan kepada perspektif komuniti setempat, khususnya pelajar. Pemacu ideopolis digunakan sebagai kerangka dalam menilai kefungsian ideopolis di kawasan kajian. Berdasarkan persampelan berstrata sebanyak 120 orang pelajar dikaji selidik. Hasil kajian ini mendapati bahawa UKM berjaya menyerlahkan status ideopolis sekunder Bandar Baru Bangi melalui pemerkasaan fungsi ideopolisnya. Kajian ini menyumbang kepada peripentingnya peranan institusi pengajian tinggi dalam transformasi pembangunan ruang ekonomi dan sosial penduduk di negara ini dan menyumbang kepada korpus ilmu tentang keupayaan kerangka pendekatan ideopolis dalam membangunkan sesebuah bandar.